KUCHING: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan Sarawak menjadi salah satu tajuk penting dalam kunjungannya ke Indonesia minggu lalu.
Ini ketika perbincangannya dengan Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) di Jakarta.
“Dalam perbincangan empat mata dengan Presiden Joko Widodo, beliau memberitahu Sarawak kekuatannya ialah pelaburan ke Indonesia termasuk ibu kota Nusantara yang baharu. Dalam pertemuan itu, Sarawak menjadi salah satu tajuk penting dalam perbincangan kami,” katanya di Majlis Jamuan Negeri di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), malam tadi.
Anwar Ibrahim berikutan itu katanya, beliau meletakkan harapan tinggi kepada Sarawak kerana ekonominya sangat baik dan paling gagah di Malaysia dalam menguruskan kewangan.
“Ada negeri yang memohon bantuan Kerajaan Persekutuan untuk bayar gaji rakyatnya kerana mereka tidak ada sumber kewangan lain.
“Bagaimanapun, Sarawak sampai ketahap di mana projek pendidikan, kesihatan, hospital dan beberapa prasarana itu dikendali sendiri oleh Kerajaan Sarawak,” katanya.
Sumber dari : Jiwa Bakti